Suatu masa dahulu, saya terfikir untuk berniaga bagi menampung kehidupan saya di masa hadapan. Tanpa saya sedari rupa-rupanya berlakon itu adalah perniagaan yang telahpun saya ceburi sekian lama. Saya 'menjual' bakat lakonan yang ada pada diri saya kepada pembeli-pembeli iaitu peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni. 'Perniagaan' saya sangat laris sehingga saya berjaya membolot pelbagai anugerah berdasarkan bakat dan populariti, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Saya bersyukur dan terima kasih saya ucapkan kepada semua peminat dan mereka yang banyak menyokong kerjaya saya. Alhamdulillah.